Hubungan kemasyarakatan antara masyarakat Champa dan masyarakat Melayu tidak tertakluk kepada hubungan keagamaan sahaja. Kedatangan masyarakat Champa ke negeri Kelantan sejak berkurun yg lalu diterima baik masyarakat tempatan hinggakan terbentuknya kawasan seperti Pengkalan Chepa dan Kampung Chepa yg masih wujud hingga ke hari ini. Selain itu, pengaruh Champa juga dapat dilihat dalam seni dan kebudayaan masyarakat tempatan lebih-lebih lagi melalui pakaian (tanjak chepa, sutra chepa dan kain chepa) dan keris. Terdapat juga padi Champa yg dibawa masuk bersama-sama. Sebuah Masjid di Kampung Laut juga dipercayai didirikan oleh seorang pelayar yg berasal dari masyarakat Champa ini. Menurut Hikayat Kelantan, salahsilah pengasas kesultanan Kelantan pada masa ini, iaitu Long Yunus, berasal dari tempat yang dikenali sebagai Kebayat Negara atau Kembayat Negara, yang dipercayai di Champa.
Menurut catatan Babad Kelantan, seorang putera raja berasal dari Champa tiba di Kelantan pada tengah kurun ke 7 yang dikenali sebagai Nik Mustafa. Selepas menetap di Kelantan selama beberapa tahun, beliau kembali ke Cham dan ditabal sebagai raja, dengan memakai gelaran Sultan Abdul Hamid. Seorang lagi pemerintah Champa yang dipercayai seorang Muslim ialah Po Saut, anak kepada Po Rome (1660-1692). Po saut adalah pemerintah terakhir kerajaan Champa . Baginda menggunakan istilah yang biasa digunakan oleh sultan-sultan Melayu ketika itu, iaitu “Paduka Seri Sultan” dalam surat yang dikirimkan kepada Gabenor Belanda di Batavia pada tahun 1680.
Sebuah kisah klasik masyarakat Champa yang bertajuk Nai Mai Mang Makah ( Puteri Raja Kelantan) telah mengisahkan tentang seorang puteri raja dari Kelantan yang telah berdakwah kepada Raja Cham tentang Islam. Zaman berlakunya kisah ini tidak dicatatkan. Namun begitu Po Dharma dan Gerard Moussay berpendapat bahawa kisah usaha dakwah ini tersebut berlaku antara tahun 1693 ( zaman kejatuhan Kerajaan Champa) dan tahun 1771 (pemberontakan Tayson).
Kemasukan masyarakat Melayu ke Champa dikatakan berperanan dalam menyebarkan Islam kepada masyarakat Champa. Kesan yang dapat dilihat sehinggalah hari ini adalah, kebanyak masyarakat Islam Champa bermazhabkan Mazhab Shafie, seperti masyarakat Islam Melayu. Tetapi, setelah kejatuhan kerajaan Champa di bawah Vietnam, kemasukan masyarakat melayu terhad.
Secara sedar atau tidak, betapa rapatnya masyarakat kita dengan mereka. Ayuh, bantulah kami untuk membantu mereka. Hulurkan bantuan semampu mana yang anda mampu.
* Diambil dan diolah dari http://kyotoreview.cseas.kyoto-u.ac.jp/issue/issue4/article_353.html
Filed under: Story. The Kingdom of Cambodia
