• In the Name of Allah, The Most Gracious, The Most Merciful

    “Those who spend their wealth in the path of Allah by night and by day, secretly and openly, for them is their reward with their sustainer. There is neither fear on them nor shall they grieve” (2:262)

Diantara Mereka Dan Kita (SIRI 1)

Untuk pengetahuan pembaca sekelian, diantara tempat yang kami rancang ketika memberi khidmat sumbang bakti di Kemboja adalah Kampung Champ. Kenapa kawasan ini dipilih? Apa kaitannya dengan kita semua?

Jika dilihat dari sejarah, masyarakat Melayu dan masyarakat Champa telah mula berhubung sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka lagi. InsyaAllah, tulisan kali ini adalah untuk menyingkap betapa eratnya hubungan ini, sehingga mempengaruhi antara satu sama lain,dan meningkalkan kesan yang dapat dilihat sehinggalah pada saat ini.

Seorang sejarahwan warga Perancis, Pierre Yves Manguin mencadangkan masyarakat Champa memeluk Islam sekitar kurun ke 17, tiga kurun selepas masyarakat Melayu. Tetapi, Islam telah lama diperkenal kepada mereka lebih awal dari itu. Terdapat cacatan menunjukkan terdapat kelompok dalam masyarakat Champa telah memeluk Islam seawal era Dinasti Sung di China, sekitar kurun ke-10.

Muka Hadapan ‘Sejarah Melayu’

Karya agung Tun Seri Lanang, iaitu Sejarah Melayu telah menukilkan kehadiran masyarakat Champa ketika zaman Kesultanan Melayu Melaka. Kehadiran mereka disambut baik, hinggakan ada diantara golongan bangsawan mereka yang di lantik menjawat jawatan di mahkamah.

Melaka menjadi destinasi utama masyarakat Champa selepas kejatuhan Kerajaan Champa pada tahun 1471. Adakah kedatangan mereka ke Melaka kerana persamaan budaya atau berdasarkan kesamaan dalam pegangan agama? Boleh dikatakan kedua-dua sebab ini boleh diterima.

kukuh

Pemerintah Melaka memeluk Islam dalam tahun 1414, dan ketika itu Islam belum lagi dominan dalam masyarakat Champa. Oleh sebab itu, kita boleh katakan mereka memilih Melaka disebabkan oleh kesamaan budaya. Walau bagaimanapun, seawal kurun ke-18 dan ke-19, akidah yang sama menjadi faktor penting buat masyarakat Melayu membantu masyarakat Champa melawan pengaruh Vietnam ketika itu.

Kemasukan masyarakat Champa ke semenanjung Malaysia seolah-olah tiada titik noktah. Seawal kurun ke-15 di Melaka, dari kedatangan pedagang dan pelarian, tempat yang selamat bagi mereka. Pada tahun 1594, raja Champa telah membantu Sultan johor untuk melawan Portugis dengan menghantar pasukan tentera. Apakah alasan raja Champa untuk berbuat demikian? Kebarangkalian yang kuat sekali adalah kerana kita dan mereka berkongsi perkara yang sama ; pegangan akidah yang serupa serta kebudayaan yang hampir sama.

Dan jika difikirkan sekarang, diantara kita masih terikat pada dua ikatan ini. Masyarakat mereka mempunyai budaya yang hampir sama dengan kita, dan masyarakat kita berpegang akidah yang sama seperti mereka. Mahukah hubungan yang sudah lama ini hilang begitu sahaja? Bantulah kami untuk menyampaikan bantuan kepada mereka, supaya hubungan masih membara di antara kedua belah pihak.

* Diambil dan diolah dari http://kyotoreview.cseas.kyoto-u.ac.jp/issue/issue4/article_353.html

Leave a Reply